PBRS sokong keputusan Ismail Sabri calon PM BN dalam PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong penuh keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah sebulat suara bersetuju mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Ismail Sabri telah membuktikan prestasi yang cemerlang dalam urusan pentadbiran negara dengan memberikan penekanan terhadap kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat.

Selain itu jelas Joseph, antara usaha yang berjaya dilaksanakan adalah menyatupadu semua pihak termasuk Ahli Parlimen Pembangkang dan memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia serta usaha untuk melakukan transformasi dasar seperti memastikan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dapat direalisasi sebelum PRU ke-15.

“PBRS sebagai parti komponen tunggal Barisan Nasional (BN) di Sabah percaya hala tuju yang dibawa pimpinan Kerajaan pada masa kini berada di landasan yang tepat.

“Komitmen yang telah diberikan Kerajaan khusus untuk Sabah seperti kejayaan mendapat sokongan 2/3 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak setaraf dengan Semenanjung Malaysia dan juga menaikkan pemberian khas kepada kerajaan negeri di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebanyak 4.7 kali ganda (RM126 juta),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, Joseph juga menghargai langkah Ismail Sabri memberi lebih perhatian kepada pembangunan di Sabah selaras dengan konsep keterangkuman dalam aspirasi Keluarga Malaysia.

“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob komited untuk menyiapkan baki 19 pakej projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dalam tempoh 5 tahun,” ujarnya.

Kata beliau lagi, keputusan yang dipersetujui MKT UMNO mencerminkan kematangan UMNO dan BN yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas utama dalam urusan pentadbiran negara.

“Ini memudahkan tugasan pimpinan parti untuk merencanakan halatuju negara demi kestabilan dan kesinambungan dasar negara agar kesejahteraan dan keharmonian rakyat terus terbela di bawah BN.

“BN berada dalam landasan tepat dan sudah pasti parti-parti komponen akan bekerja sebagai satu pasukan menuju PRU-15 demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” kata beliau.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat