Mahathir khianati kami, punca utama PH tumbang – P Ramasamy

KUALA LUMPUR – “Kami ditipu kerana mempercayainya. Mahathir khianati kami,” kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy .

Beliau mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam rancangan untuk menumbangkang kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Feb tahun.

Pemimpin DAP itu berkata tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri menjadi sebab utama kerajaan PH tumbang.

“Mahathir sengaja berbuat demikian. Mahathir memang mempunyai rancangan untuk tidak memberi jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekiranya Mahathir tidak letak jawatan semasa krisis dan memberi laluan Anwar, PH kekal menjadi kerajaan pada hari ini,” katanya dalam program Leaders Talking anjuran portal tempatan Vanakkam Malaysia.

Sementara itu, Ramasamy menolak Anwar sebagai punca kejatuhan PH.

“Ada sebab lain seperti Azmin (Ali) keluar PKR. Muhyiddin tikam belakang Mahathir.

“Mungkin orang lain tidak berani berbincang perkara ini secara terbuka. Tapi, saya boleh beritahu Mahathir masih punca utama kejatuhan PH.

“Bukan orang lain, bukan Anwar, bukan Guan Eng atau Mat Sabu. Puncanya adalah Mahathir.

Sementara itu, Adun Perai diminta mengulas berhubung krisis politik tanah air pada Feb 2020 yang menyebabkan kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan pentadbiran dan digantikan dengan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin Yassin.

Isu peralihan kuasa perdana menteri sebelum ini mencetuskan konflik terbuka dalam PH, yang menyebabkan insiden berbalas kenyataan antara penyokong Anwar dan Mahathir, yang ketika itu pengerusi Bersatu.

Penyokong Anwar mahu peralihan itu disegerakan dan menekan Mahathir untuk memberikan tarikh tetap peralihan. Namun sebahagian penyokong Mahathir mahu ahli parlimen Langkawi terus memegang jawatan sehingga habis penggal.

Akhirnya, PH tumbang setelah Mahathir meletakkan jawatan selepas Bersatu menarik diri daripada PH untuk bekerjasama dengan pihak lain, termasuk Umno dan PAS bagi membentuk kerajaan baru.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...