Celcom-Digi mesti untungkan semua- Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR Celcom Digi Bhd (Celcom Digi), entiti yang terbentuk menerusi penggabungan operasi telekomunikasi Axiata Group Bhd dan Telenor ASA di Malaysia bakal menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun rundingan ini masih berada pada peringkat ketekunan wajar, ia dijangka di muktamadkan dalam beberapa bulan akan datang.

Namun katanya, persoalan tentang kepatuhan kepada undang-undang anti persaingan wajar di teliti dengan sebaiknya.

“Celcom Digi akan menerajui industri telekomunikasi tempatan dari segi nilai, pendapatan dan keuntungan. Ia akan menjadi peneraju pasaran dengan jumlah 19.1 juta pelanggan.

“Keputusan ini juga dijangka akan memudahkan Celcom Digi mempercepatkan pelancaran rangkaian 5G pada skala yang pantas dan menyeluruh,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Mohamad berkata, pengumuman yang hanya terfokus kepada penggabungan keupayaan syarikat demi meraih keuntungan berganda mesti diseimbangkan dengan kewajaran menggalakkan persaingan yang sihat dalam pasaran Malaysia yang tidak lah begitu besar.

Menurut beliau, pengumuman Celcom Digi juga wajar menjelaskan kepentingan perlindungan pengguna selepas penggabungan ini.

“Pada ketika persaingan semakin sengit dan kos perkhidmatan telekomunikasi tidak menampakkan penurunan nyata, kerajaan harus meminta penjelasan Celcom Digi tentang bagaimanakah semua ini akan menguntungkan pengguna dan meningkatkan kebolehsaingan industri telekomunkasi secara keseluruhan.

“Malaysia wajar mempunyai syarikat telekomunikasi bersifat global untuk meneroka potensi penawaran perkhidmatan rentas sempadan. Namun Celcom Digi nampaknya tidak dibentuk untuk tujuan tersebut,” ujar beliau.

Jelas Mohamad, medan persaingannya masih di pasaran Malaysia yang sederhana besar. Maka semua ini mewajarkan penilaian sehabis baik Kerajaan tentang manfaat penggabungan ini kepada pengguna, kepentingan nasional, kedinamikan industri telekomunikasi dan kepatuhannya kepada kerangka persaingan yang sihat.

“Malaysia memerlukan pemain yang keutamaanya ialah kepentingan dan keperluan pengguna dalan era ‘Internet for Everything’.

“Untuk ini berlaku, persaingan yang sihat, dikawalselia dengan tekun dan liberalisasi pasaran wajar dipertimbangkan.

“Mempunyai syarikat gergasi telekomunikasi mungkin bukan satu-satunya jalan terbaik untuk mencapai tujuan tersebut,” katanya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat