Agong Ucap Tahniah Dua Pelajar Malaysia Terpilih Masuk Ke Harvard College

- Advertisement -

CYBERJAYA: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia di atas kecemerlangan mereka sehingga dipilih dan terima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat.

Baginda juga menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi bin Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze dari Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka akan mengikuti pembelajaran di sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkemuka dan antara terulung di dunia.

“kedua-dua pelajar ini, yang turut menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia, adalah di antara 1,968 pelajar yang terpilih dan melepasi tahap kelayakan ketat yang ditetapkan dari sejulah 57,435 permohonan dari seluruh dunia.

“Muhammad Hamdi dan Jarell bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025, yang mana masing-masing merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik.

“Kejayaan kedua-dua belia ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa. Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa,” kata Baginda melalui kenyataan Istana Negara di Instagram.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kedua-dua mereka akan berjaya dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya para belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.

“Seri Paduka Baginfa mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Hami dan Jarell serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama negara Malausia di persada antarabangsa di masa hadapan,” ujarnya.

Terdahulu, kedua-dua pelajar cemerlang ini adalah produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Muhammad Hamdi merupakan lulusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah sebelum beralhih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendiakawan Bank Negara Kijang. Manakala, Jarell menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan A-Level di Sekolah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya. –SuaraTV

Gambar : Instagram Istana Negara

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat