Rombakan kabinet Arab Saudi Tidak Jejas Tambahan Kuota Haji Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemecatan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammed Saleh bin Taher Benten tidak memberi sebarang kesan kepada 10 ribu tambahan kuota haji kepada Malaysia yang diperolehi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Tambahan 10 ribu kuota haji tersebut dimaklumkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Raja Salman, sendiri kepada Muhyiddin dalam pertemuan mereka di Istana Al Yamamah.

Sumber yang rapat dengan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyatakan hak berkaitan pemberian kuota Haji hanya ditentukan oleh keluarga Diraja Arab Saudi.

“Pemberian kuota tambahan yang diumumkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi adalah sah kerana Putera Mohamad bin Salman adalah orang nombor dua dalam kerajaan Diraja Arab Saudi. Sebarang pengumuman Putera Mohamad adalah mewakili Raja Arab Saudi yang juga merupakan bapanya.”

“Dalam pentadbiran Arab Saudi, Putera Mohamad merupakan penggerak utama dan wakil kepada Raja Salman AbdulAziz dalam menguruskan negara secara langsung.”

Sumber tersebut juga menyifatkan polemik yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak di Kuala Lumpur mengaitkan pemberian kuota haji kepada Malaysia dengan perubahan kabinet Arab Saudi sebagai tidak masuk akal.

“Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi tidak mempunyai sebarang kuasa memberi kuota haji dan umrah kepada mana-mana pihak. Beliau hanya menguruskan koordinasi logistik, penempatan, dan lain berkaitan hal dalam negeri pada musim Haji dan Umrah.”

“Malaysia juga harus faham bahawa rombakan kabinet ini membabitkan banyak individu bukan sahaja Dr Mohamed Saleh.”

Untuk rekod, Pemerintah Arab Saudi itu turut menamatkan perkhidmatan Presiden Mahkamah Pentadbiran Tertinggi, Sheikh Ibrahim bin Suleiman bin Abdullah Al-Rasheed dan melantik Sheikh Ali bin Suleiman bin Ali Al-Sa’awi sebagai penggantinya.

Presiden Lembaga Umum Penerbangan Awam, Abdulhadi bin Ahmed Al-Mansouri juga dipecat dan digantikan oleh Abdulaziz bin Abdullah Al-Duailej.

Dalam perintah diraja yang lain, Raja Salman melantik Abdulhadi bin Ahmed Al-Mansouri sebagai pembantu Menteri Luar untuk Urusan Eksekutif dan melepaskan Mohammad bin Tuwailea Al-Sulami daripada jawatannya sebagai pembantu Menteri di Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial.

Maher bin Abdulrahman bin Ibrahim Al-Qasim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial sementara Abdulaziz bin Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Arifi dilantik sebagai pembantu Menteri Pengangkutan.

Raja Salman juga melantik Dr Samir bin Abdulaziz bin Mohammed Al-Tabib sebagai penasihat di Sekretariat Umum Majlis Menteri.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat