“Sugar daddy” popular zaman Khalid jadi Menteri Wilayah Persekutuan – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Trend “sugar daddy” mula menjadi sohor pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH),” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, “sugar daddy” popular kerana Kementerian Wilayah Persekutuan dinaungi Menterinya, Khalid Abdul Samad yang telah meluluskan iklan-iklan aplikasi “Sugar Book”.

“Sugar daddy mula menjadi femes pada zaman kerajaan PH dahulu ekoran kementerian Lid luluskan iklan-iklan apps “Sugar Book” untuk dipaparkan atas bilboard beberapa lokasi di Kuala Lumpur sebab fikir ianya “buku kekeluargaan”, kata Najib di Facebooknya.

Pada Disember 2019, Khalid pernah memberitahu bahawa ada pegawai yang tersilap maklumat berhubung iklan tersebut.

“Ada yang tersilap, maka diturunkan dan disiasat siapa yang luluskan, kalau ada.

“Malangnya, ada yang nak jadikannya isu politik, maka ditular dan mengiklankan syarikat berkenaan secara percuma. Seronok syarikat berkenaan. Free jer dapat publisiti,” beritahu Khalid.

Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran sebelum ini berkata, badan itu hanya menyemak iklan aplikasi ‘dating’ atas talian SugarBook dari sudut penggunaan bahasa Melayu.

Pada masa sama Abang Sallehuddin berkata pihaknya hanya menerima teks iklan dan sekeping gambar sahaja untuk disemak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan CEO SugarBook Darren Chan bahawa iklan aplikasi itu mendapat kelulusan DBP dan mendapat makluman yang salah daripada syarikat penerbitan iklan sehingga menyangka ia “hanya satu-satunya kelulusan yang diperlukan”.

“Betul kita luluskan (ayat pada iklan) ‘di sinilah bertemunya yang cantik dan yang berjaya’. Kita semak bahasa sahaja, kandungan bukan kami yang pantau,” kata Abang Sallehuddin ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya sedar iklan itu boleh dianggap sensitif di kalangan masyarakat, beliau berkata pihaknya hanya menerima teks iklan dan sekeping gambar iaitu yang digunakan sebagai gambar utama dalam iklan bahasa Melayu aplikasi itu.

“Kami hanya terima sekeping gambar sahaja, pegawai (yang menyemak) menganggap ia buku kekeluargaan,” katanya lagi, sambil menegaskan soal kandungan bukan di bawah bidang kuasa DBP, sebaliknya pihak berkuasa tempatan.

Gambar papan iklan yang memaparkan aplikasi ‘dating’ atas talian SugarBook mula tersebar semalam dan menerima bantahan ramai. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat