[Video] Cara menteri ‘speaking’ macam budak sekolah kata netizen

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pengguna media sosial menyifatkan tahap pertuturan Bahasa English Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun sebagai lemah dan memalukan.

“Sedih dgr dia speaking.. mcm baru nak belajar bahasa Inggeris,” ujar FJ Jamaluddin.

“Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah Rendah pun lebih better.. eh oppss,” bidas Mohd Fahmi Yusuf.

“Sebagai seorang menteri, dia sepatutnya lebih fasih dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Ini bukan soal perfect atau tidak. Ini persoalan, mengenai sebuah kementerian yang ada ramai pegawai dan peruntukan.

“Selain itu, ucapan itu disiarkan ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa. Inikah kualiti menteri kita? Sebelum ucapan direkodkan, ada banyak peluang untuk memperbetulkan diction. Bukan susah pun,” kata Zulhazri Abu Bakar pula.

Terdahulu netizen memuatnaik klip video yang memaparkan Rina menyampaikan ucapan ketika persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59.

Sementara itu pelakon dan penyanyi, Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan ahli parimen Titiwangsa itu.

Adibah melalui laman Twitter memuat naik klip video cara sebutan yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.

“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.

“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt’ (keraguan) . Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.

“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat