Rafizi Dakwa Anwar Kini Dikelilingi Pembodek, Samseng Politik

- Advertisement -

CYBERJAYA – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berwaspada kerana orang kepercayaan di sekelilingnya kini merupakan golongan pembodek yang membawa budaya samseng dan politik menabur duit serta janji.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sebelum ini beliau sudah memberikan peringatan itu kepada Anwar, namun kumpulan pembodek itu masih belum disisihkan oleh Presiden PKR itu.

“Saya jenis yang tak suka bercakap benda sama berulang-ulang. Kalau dah nasihat itu telah diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis opportunis di keliling beliau.

“Ramai tahu dan sedar ada beberapa kerat yang mengelilingi Anwar adalah opportunis haprak yang membawa budaya berbahaya dalam parti. Mereka membawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji.

“Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya. Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi. Yang ada sekarang pun dua kali lima,” kata Rafizi, dipetik dari laporan FMT

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, individu yang kini “menghimpit” Anwar tidak pernah berjuang membebaskan Presiden PKR itu semasa beliau dipenjarakan.

“(Tetapi) bila (PKR dan Pakatan Harapan) dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital Cheras untuk mula menempel.

“Tiba-tiba, menjadi pembela parti dan orang paling setia kepada Anwar Ibrahim, sedangkan tindak tanduk mereka boleh menjatuhkan parti dan Anwar,” katanya.

Rafizi turut mendakwa golongan pembodek itu kini menjadikan Ketua AMK (Pemuda) PKR, Akmal Nasir sebagai sasaran baru untuk dijatuhkan demi keuntungan diri.

“Sekarang mereka mula pula sasarkan pimpinan seperti Akmal untuk diburukkan supaya mana-mana pimpinan yang boleh ada pandangan bebas dan kekuatan yang boleh mengancam mereka menjadi pembodek tegar; perlu disingkirkan dengan cara ini,” katanya.

Kenyataan Rafizi itu dipercayai merujuk kepada salinan perbualan beberapa pemimpin AMK menerusi Whatsapp yang mempersenda Anwar dan kini bocor serta viral di media sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat