Pejabat Anwar nafi laporan dapat sokongan 10 MP UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pejabat Ketua Pembangkang menyifatkan laporan berita yang menyebut 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai palsu.

Malah kenyataan itu juga menegaskan maklumat diperolehi daripada sumber yang menyatakan sokongan termasuk oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu juga disifatkan sebagai palsu.

“Kami menafikan laporan berita itu.

“Maklumat berkenaan juga disifatkan sebagai palsu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Astro Awani.

Terdahulu, laporan menyebut sokongan yang diperoleh Anwar daripada 10 MP UMNO tersebut adalah dalam bentuk akuan bersumpah (SD) yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber itu lagi, sokongan UMNO kepada PH yang turut dianggotai oleh DAP itu sepatutnya dicetuskan semasa kemelut Perak baru-baru ini, tetapi digagalkan setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak kerjasama parti itu dan PH.

Pada Sabtu, khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat