Syamel, Ernie buka kafe

- Advertisement -

KUALA LUMP[UR: “Persiapan majlis perkahwinan semuanya sudah selesai. Kini, hanya tinggal menunggu hari berlangsung sahaja,” itulah penjelasan penyanyi, Syamel mengulas persiapan majlis perkahwinannya dengan Ernie Zakri yang dijangka berlangsung, awal tahun depan.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, segala urusan berkaitan hari bahagia mereka sudah pun diserahkan kepada perancang perkahwinan yang dilantik.

“Kami sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk diserahkan kepada perancang perkahwinan yang menguruskan perjalanan majlis. Berdasarkan perancangan yang dipersetujui awal, hanya ada dua sahaja majlis resepsi iaitu satu untuk keluarga dan satu untuk rakan selebriti dan media.

“Dalam situasi sekarang, kami tak boleh undang ramai tetamu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Bagaimanapun, jika ada rezeki, mungkin kita akan mengadakan majlis khas untuk peminat. Tetapi, ia masih dalam perancangan.

“Apa yang boleh dikatakan, segala persiapan untuk majlis perkahwinan sudah selesai, cincin pun sudah dibeli,” katanya kepada BH Online.

Syamel dan Ernie Zakri mengeluarkan modal ratusan ribu untuk membuka Kafe Setable. - Foto IG Ernie Zakri
Syamel dan Ernie Zakri mengeluarkan modal ratusan ribu untuk membuka Kafe Setable. – Foto IG Ernie Zakri

 

Ditanya apakah majlis pernikahan akan dilakukan secara tertutup, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu berkata, perkara itu masih belum dapat diputuskan dan ia bergantung kepada keadaan semasa.

“Apapun, kita kena tunggu penerangan daripada perancang majlis kerana mereka menguruskan lokasi. Jika keadaan sesuai untuk mengundang media dan ada kelonggaran dari segi SOP, pasti kami akan menjemput untuk sama-sama meraikannya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe Setable yang terletak di Platinum Walk, Setapak, baru-baru ini.

Syamel menyifatkan pembukaan kafe sebagai satu risiko besar buat mereka memandangkan keadaan eknomi kurang memberangsangkan, ketika ini.

“Kami sepatutnya berjimat cermat dalam situasi sekarang. Untuk bisnes ini sahaja, kami mengeluarka modal ratusan ribu ringgit. Selain untuk jaminan masa depan, kafe ini dibuka untuk membantu orang lain dengan memberi ruang kepada vendor untuk menyewa.

“Jika ikutkan perancangan awal, saya dan Ernie hanya akan membuka pada penghujung bulan ini. Tetapi, disebabkan COVID-19, mereka yang terjejas ini minta saya awalkan operasi kafe. Walaupun terpaksa beroperasi ketika proses ubahsuai dijalankan, kami tak kisah asalkan dapat membantu meringankan beban mereka.

“Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan selepas hampir sebulan beroperasi,” ujarnya.

 

Syamel dan Ernie Zakri sudah membuat persediaan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung, awal tahun depan. - Foto IG Syamel
Syamel dan Ernie Zakri sudah membuat persediaan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung, awal tahun depan. – Foto IG Syamel

 

Mengulas pembabitan dalam bisnes makanan, Ernie berkata, hasrat itu sudah lama disuarakan tunangnya memandangkan mereka penggemar makanan.

“Syamel sudah lama berhasrat untuk membuka kedai makanan. Secara kebetulan, Syamel seorang yang suka makan dan mempunyai cita rasa tersendiri terhadap sesuatu menu.

“Selain itu, ia juga jaminan untuk masa depan kami memandangkan keadaan sekarang agak sukar untuk seorang penyanyi mendapat tawaran mengadakan persembahan berikutan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujar penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat