Kasari penceramah di Kem Sungai Besi: Tindakan MINDEF bergantung siasatan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan pihaknya akan menunggu hasil siasatan polis berhubung kes penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa diugut dan dikasari dalam satu program ceramah motivasi di Kem Sungai Besi, Jumaat lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan yang bakal diambil pihaknya akan diputuskan selepas hasil siasatan polis diterima.

Ini kerana, katanya kedua-dua belah pihak sudah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

“Sebenarnya kedua-dua pihak membuat aduan polis. Jadi kita tunggu laporan daripada siasatan polis, apa sebenarnya insiden yang berlaku.

“Laporan daripadanya akan menentukan tindakan yang sewajarnya,” katanya semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai dakwaan penceramah terbabit yang diugut dan dikasari pegawai pada satu program ceramah motivasi di Kem Sungai Besi.

Mejar (B) Mohamad Qayyum Badaruddin, 56, dilapor mendakwa beliau dilemparkan kata-kata kesat dan dikasari seorang pegawai yang juga kaunselor, dipercayai dari Unit Kaunseling Markas ATM ketika hendak memberi ceramah kepada pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Qayyum berkata, pegawai terbabit juga mengugut untuk menumbuknya sambil menambah beliau tidak perlu dihormati kerana bukan lagi seorang pegawai tentera.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat