Piala Thomas: Jepun Tewaskan Malaysia Dalam Saingan Kumpulan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Malaysia menamatkan saingan kumpulan Piala Thomas dengan kekalahan 1-4 kepada Jepun di Aarhus, hari ini sekaligus menjadi naib juara Kumpulan D.

Aksi pertama perseorangan utama negara, Lee Zii Jia gagal menyumbang mata pertama selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Kento Momota 21-15, 12-21, 21-23.

Harapan untuk pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan mata juga tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 13-21, 13-21.

Harapan Malaysia untuk menghidupkan peluang berkubur selepas pemain perseorangan kedua negara, Cheam June Wei tewas kepada Kanta Tsuneyama 20-22, 13-21.

Beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga gagal menghadiahkan mata selepas tewas 10-21, 16-21 kepada pasangan Akira Koga-Yuta Watanabe.

Dalam aksi terakhir, perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao menyumbangkan mata saguhati apabila menewaskan Kenta Nishimoto 21-19, 21-18.

“Saya agak terkejut dengan kemenangan Jun Hao sebab permainan dia menjadi dalam perlawanan ini dan berjaya meraih satu mata buat Malaysia.

“Ada masa dia ketinggalan tetapi dia berjaya mengatasi masalah. Saya percaya kemenangan ini menaikkan keyakinan dia untuk suku akhir nanti,” kata bekas jurulatih perseorangan negara, Datuk Rashid Sidek. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat