MKT UMNO Bincang Krisis Politik Melaka Malam Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malam ini Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan membincangkan kemelut politik Melaka.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata mesyuarat di ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn itu akan bermula jam 8 malam.

“Mesyuarat ini akan berlangsung secara bersemuka,” katanya memetik BH, pada Khamis.

Ahad lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan membentangkan situasi politik negeri, termasuk berkaitan persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Datuk Seri Ab Rauf dan Datuk Seri Sulaiman akan membentangkan keadaan sebenar politik Melaka kepada MKT dan sudah pasti beberapa lagi perkara berkaitan PRN.

“Tentunya Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Timbalan Presiden UMNO (Datuk Seri Mohamad Hasan) serta Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan memberi pandangan mengenai situasi politik Melaka,” katanya,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRN namun sehingga hari ini statusnya pelaksanaannya belum dimuktamadkan.

Ia rentetan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepemimpinan Sulaiman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat