Ahli Parlimen Rentas Parti Tubuhkan Kaukus Kaji Ganja Perubatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekumpulan ahli Parlimen rentas parti bersetuju membentuk satu Kaukus Ganja Perubatan bagi mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum serta ganja perubatan untuk mengurangkan kemudaratan sebagai salah satu perubatan alternatif yang diiktiraf negara.

Dalam kenyataan dikeluarkan pengerusi kaukus tersebut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, penubuhan badan berkenaan selaras dengan usaha untuk mengembangkan industri ketum dan ganja perubatan di Malaysia yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan negara dan rakyat tempatan.

“Sebagai sebahagian dari rangka kerja awal, Kaukus Ganja Perubatan akan bertemu dengan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan serta kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar.

“Hasil daripada penubuhan badan ini, Kaukus Ganja Perubatan akan mengemukakan draf cadangan untuk perhatian kerajaan Malaysia bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan ganja perubatan dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Selain Syed Saddiq, ahli lain kaukus tersebut ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (UMNO-Pengerang), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), Darell Leiking (Warisan-Penampang), Dr Kelvin Yii (DAP-Bandar Kuching), Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) dan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas).

Syed Saddiq yang juga merupakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) lantang bersuara di Dewan Rakyat baru-baru ini bagi menggesa agar kerajaan meneliti perbincangan yang terperinci berhubung kelulusan ganja sebagai rawatan alternatif.

Kata ahli Parlimen Muar itu beliau berharap kerajaan dapat membentangkan kertas kerja yang mengikut data dan sains mengenai manfaat dan keburukan dalam meluluskan industri hemp dan rawatan ganja.

Pada 5 Oktober lalu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan perlu melihat dari perspektif yang lebih besar dalam mengembangkan keperluan industri ganja perubatan.

Katanya, ia melibatkan beberapa pindaan akta berkaitan Kementerian Kesihatan (KKM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat