71 projek China bakal cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemasukan 71 projek pembuatan dari China yang dipersetujui pada tahun 2020 dijangka bakal mencipta lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Dalam ucapan perasmian Pameran Import dan Eksport China ke-130 dikenali sebagai Canton Fair yang dirintis sejak 1957, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, acara ini menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan pemulihan ekonomi pasca wabak COVID-19.

Pun begitu Ismail Sabri berkata, meskipun pelaburan dan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China berkembang stabil namun masih terdapat beberapa indikator yang tidak dapat dimanfaatkan oleh sektor ekonomi.

“Pertama, ekonomi digital dengan inisiatif kerajaan memperkenalkan MyDIGITAL yang telah mensasarkan untuk menarik USD17.32 bilion dalam pelaburan digital antarabangsa dan domestik.

“Kedua membabitkan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) bagi memenuhi keperluan perniagaan dalam ekonomi digital serta mempercepat inovasi dan penyesuaian dalam teknologi.

 

“Ketiga, mengamalkan pembangunan lestari seperti yang dibentang dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) merangkumi ekonomi rakyat, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan mitigasi perubahan iklim,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia adalah salah satu negara menyokong Belt and Road Initiative (BRI) yang yakin inisiatif strategik ini akan membuka lebih banyak sempadan hubungan malah bakal mewujudkan potensi baru di Asia Pasifik, Afrika dan Eropoh Tengah dan Timur.

“Sebenarnya, sejak 2009 China telah berkembang menjadi rakan dagang terbesar di Malaysia yang menyumbang kepada 18.6 peratus daripada jumlah perdagangan pada 2020.

“Eksport Malaysia ke China pada tahun yang sama telah meningkat sebanyak 11.1 peratus yang membabitkan USD37.77 bilion. China juga merupakan sumber import terbesar di Malaysia yang menyumbang kepada 21.5 peratus daripada jumlah import.

“Begitu juga dalam bidang pelaburan, China telah menjadi pelabur utama Malaysia, dengan pelaburan berjumlah USD4.41 bilion tahun lalu dan kedudukan ini dikekalkan selama 5 tahun sejak 2016,” ujarnya.

Ismail Sabri berkata, sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia, 2030, Malaysua menyokong semangat kerjasama demi masa depan yang lebih baik.

“Oleh itu, kami yakin aspirasi Malaysia akan sesuai dengan negara-negara peserta China dan Canton Fair dan acara ini menjadi platform yang makmur bersama,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat