Zuraida Nafi Azmin, PN Beri Arahan Burukkan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara Malaysia (PKN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi arahan kepada media badan itu untuk memburukkan UMNO di sebalik keputusannya, semalam.

Penaungnya, Zuraida Kamaruddin menegaskan, pihaknya tidak pernah menerima sebarang arahan daripada Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertindak sedemikian.

“Sebagai penaung kepada Penggerak Komuniti Negara (PKN), saya ingin menegaskan bahawa PKN tidak menerima sebarang arahan daripada Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) seperti yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya penglibatan PKN serta kesemua sayapnya iaitu Nations of Women (NOW), Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ke atas perancangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak awal pagi tadi, tular di aplikasi WhatsApp berkenaan arahan daripada pejabat Ketua Penerangan PN kepada media PKN, antara lain mereka diminta memainkan isu hasrat UMNO keluar daripada PN kerana mahukan kuasa.

Arahan itu juga meminta media PKN memainkan skrip dan fokus kepada UMNO gila kuasa, elak isu rakyat dan ekonomi, banyakkan hantaran #abahjagakita, kaitkan UMNO sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan UMNO khianat.

Menurut mesej itu, semua harus bekerjasama dalam masa 24 jam ini bagi sama-sama mengelakkan UMNO mendedahkan isu pentadbiran PN.

Penularan mesej itu dipercayai sebagai tindak balas kepada sidang media Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Menara Dato Onn semalam.

Ia susulan keputusan Biro Politik UMNO dan badan Perhubungan UMNO Negeri semalam bahawa parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

UMNO juga akan memberi syarat baharu kepada Kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Zuraida turut memberi amaran kepada pihak yang tidak bertangungjawab agar menghentikan menyebar berita palsu yang mengaitkan badan itu.

“Saya berharap agar pihak yang tidak bertangungjawab itu supaya menghentikan sebarang sebaran yang tidak benar.

“Fokus Kerajaan PN adalah untuk memerangi wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara bagi memastikan supaya rakyat mendapat kesejahteraan dan kemakmuran bersama,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat