Pemuda UMNO Kota Raja Tolak Kerjasama Dengan NGO Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pergerakkan Pemuda UMNO Kota Raja, menolak untuk menjalinkan sebarang kerjasama dengan Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Jurucakapnya, Dato Rafify Ramlan ketika menghubungi SuaraTV berkata fokus ketika ini adalah memperkukuhkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) di peringkat bahagian.

“Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja mengambil ketetapan bahawa tiada sebarang keperluan masa ini untuk berkerjasama dengan NGO Penggerak Komuniti Negara(PKN)

“Tiada sebarang rundingan diadakan sebelum ini untuk mengadakan kerjasama dengan PKN.

“Fokus Pemuda UMNO Kota Raja adalah memperkukuhkan kerjasama antara Pemuda Muafakat Nasional di Kota Raja.

PKN merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinaungi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Penubuhan NGO tersebut sebelum ini dipertikai kerana dikatakan pro kepada bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah dipecat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat