Tak kisah ‘sapu’ semua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lebih dikenali sebagai pelawak berbanding penyanyi, Mark Adam tidak kisah karier nyanyiannya dikatakan kurang menyerlah.

Bagi Mark atau nama sebenar, Mark Adam Fikri Abdullah, semuanya dianggap fasa yang perlu dilalui dalam karier sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.

Sehubungan itu, anak seni kelahiran Filipina ini menyifatkan pencalonannya sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, sebagai rezeki.

“Sekali lagi dicalonkan dalam ABPBH tahun ini, membuatkan saya sangat bersyukur. Ini adalah berita baik buat saya.

“Jujurnya, saya tiada masalah sekiranya orang lebih mengenali saya sebagai pelawak, penyanyi atau pelakon sekalipun. Apa saja cabang seni yang saya ceburi, saya tetap akan memberikan yang terbaik,” katanya kepada BH Online.

Turut dicalonkan di dalam kategori Artis Versatil Popular, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencuri itu terkejut namanya termasuk dalam kumpulan Top 20.

“Saya ingatkan satu kategori saja, rupa-rupanya dua. Alhamdulillah, semua ini saya anggap sebagai penghargaan.

“Kalau bertanya saya soal menang, saya akui kemenangan adalah impian semua orang. Apatah lagi ABPBH adalah antara anugerah penghargaan besar buat anak-anak seni di Malaysia.

 

Mark bersyukur rezekinya tidak pernah putus hingga tercalon lagi pada ABPBH 33. Foto IG Mark Adam
Mark bersyukur rezekinya tidak pernah putus hingga tercalon lagi pada ABPBH 33. Foto IG Mark Adam

“Jadi, sekiranya menang, ia boleh dikatakan sebagai penghargaan buat kami. Tetapi, bagi saya, dicalonkan sahaja sudah cukup besar maknanya,” katanya yang menjadi tenaga pengajar di Akademi Suara.

Dalam perkembangan lain, Mark mengaku jadual seninya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai malam tadi.

“Namun, ia bukanlah masalah besar. Kerajaan tahu apa yang terbaik buat kita semua. PKPB dilaksanakan demi keselamatan diri kita dan orang ramai.

“Saya hanya perlu menyusun kembali jadual kelas di Akademi Suara. Sepanjang PKPB, kita kembali beralih kepada kelas atas talian,” katanya.

Ditanya mengenai khabar ibunya di Filipina, Mark bersyukur keluarganya berada dalam keadaan baik.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat