PKPB: IPTS Diberi Pengecualian Laksana Peperiksaan Antarabangsa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberikan pengecualian kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk menjalankan peperiksaan yang dilaksanakan oleh penyedia peperiksaan luar negara atau peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan media Jabatan Pendidikan Tinggi, seramai 3,031 pelajar tempatan dan 195 pelajar antarabangsa di empat (4) buah negeri yang terlibat dengan PKPB di Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Para pelajar yang terlibat perlu mendapatkan surat pengesahan daripada institusi-institusi masing-masing”,

“Pelajar yang terlibat dengan Peperiksaan Cambridge GCE “A” Level, Australian Matriculation (AUSMAT), Canadian Pre-U dan Seumpamanya,” jelas kenyataan tersebut.

Disamping itu, para pelajar yang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan dengan penyedia peperiksaan luar negara dan Association od Chartered Certified Accountants (ACCA) juga turut terlibat dalam pengecualian tersebut.

“Pengecualian ini tertakluk kepada pematuhan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan keputusan kerajaan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat