Samsung Galaxy F41 Hadir Dengan Skrin AMOLED 6.4 inci, Kamera 64MP, 6000mAh

- Advertisement -

Samsung baru sahaja melancarkan Samsung Galaxy F41, telefon pintar dari siri terbaru yang akan mengfokuskan pada fotografi. Ia hadir dengan paparan 6.4 inci FullHD+ Infinity-U Super AMOLED serta dikuasakan oleh pemproses Exynos 9611 10nm. Peranti ini juga hadir dengan 6GB RAM serta pilihan memori 64GB dan 128GB memori dalaman.

Untuk kamera, Samsung Galaxy F41 hadir dengan lensa belakang 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP manakala untuk selfie pula tampil dengan kamera 32MP di bahagian depan.

Harga Samsung Galaxy F41 Malaysia

Peranti ini juga bawakan bateri 6000mAh yang besar dengan pengecasan pantas 15W melalui USB Type-C serta menjanjikan mainan video selama 26 jam, panggilan suara selama 48 jam, dan lebih daripada 119 jam main semula muzik untuk pengecasan penuh.

Harga Samsung Galaxy F41

Samsung Galaxy F41 hadir dalam warna Fusion Green, Fusion Black dan Fusion Blue dengan harga Rs. 16,999 untuk pasaran India atau sekitar RM999 untuk model 6GB RAM/64GB. Buat masa ini tiada maklumat untuk ketersediaan dan harga rasmi Samsung Galaxy F41 untuk pasaran Malaysia.

MesraMobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat