Jika lawak paderi diganti dengan imam, pasti kita marah – Akmal tegaskan agama bukan bahan jenaka

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan Ketua Umno Bahagian Sepang Datuk Noorazli Said bahawa agama bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Akmal menegaskan, bayangkan jika lawak paderi yang diungkapkan ini digantikan dengan imam dan orang Islam, maka pastinya kita juga akan marah.

“Maka jika kita marah bila diperlakukan sebegitu, maka kita tidak seharusnya buat pada orang yang lain juga.

“Jadi saya mendesak agar individu ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” tegas Akmal.

Menurut Ketua Pemuda Umno itu lagi, jenaka yang dikeluarkan oleh beliau, langsung tidak menggambarkan tentang pendirian Umno dan itu adalah dari peribadi beliau sendiri.

“Permohonan maaf wajib dilakukan! desak Akmal.

Menurut jenaka itu, seorang paderi yang memandu Proton Saga manual ternampak seorang biarawati sedang menunggu di perhentian bas lalu menawarkan untuk menghantarnya pulang.

Namun, setiap kali paderi itu menukar gear, tangannya tersentuh paha biarawati berkenaan dan terus berada di situ.

Setiap kali perkara itu berlaku, biarawati itu mengingatkan paderi berkenaan supaya mengingati Mazmur 129, menyebabkan paderi itu menarik semula tangannya.

Setibanya di rumah, Noorazli berkata paderi itu menyemak kitab Bible bagi mengetahui kandungan sebenar Mazmur 129 namun mendapati ia bukan seperti yang disangkanya.

“Tuan-tuan nak tahu apa Surah Mazmur ayat ke-129 ni cakap?” tuturnya bersahaja, “surah Mazmur ayat 129 ni dalam bahasa Inggeris dia cakap – dengan izin – go forth and seek further up and you will find glory.

“Faham ke tak faham ni? Kalau tak faham saya terjemah ke bahasa Melayu. Maksudnya: dia kata, ‘teruskan usahamu kerana semakin ke atas semakin dekatlah kamu dengan kejayaan.’

“Justeru apa yang saya nak bagitahu dari cerita ini ialah, we must focus (kita mesti fokus) dan kita kena tahu apa yang kita nak buat,” katanya disambut gelak ketawa perwakilan dan hadirin PAU 2026 pada Sabtu lalu.

Ayat itu, yang merupakan variasi jenaka yang kadangkala beredar dalam kalangan masyarakat Kristian, sebenarnya tidak terdapat pun dalam Mazmur 129.

Noorazli kemudian menjelaskan kisah itu bertujuan menyampaikan kepentingan untuk kekal fokus dan mengetahui apa yang mahu dicapai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat