Anwar Berlepas Ke Doha Hadiri Sidang Kecemasan OIC

CYBERJAYA 14 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berlepas ke Doha malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam (OIC) yang dijadual berlangsung Isnin depan, memetik laporan Bernama.

Pesawat khas membawa Anwar berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 7 malam. Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sidang kemuncak dianjurkan atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan perkembangan terkini melibatkan serangan Israel. Delegasi Malaysia diketuai Anwar bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, serta pegawai kanan Kementerian Luar. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual menyertai rombongan semasa di Doha.

Anwar dijangka membentangkan Kenyataan Negara, menegaskan bahawa “keamanan serantau dan dunia terancam sekiranya Israel terus mencabul undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan negara.”

Menurut Wisma Putra, penyertaan Perdana Menteri menunjukkan sokongan penuh Malaysia terhadap Qatar, selain kesinambungan usaha mempertahankan hak rakyat Palestin dan mengecam kekejaman Israel.

baca juga :
“Ramai Kritikan Kata Saya Banyak ‘Jalan-Jalan’” – Anwar Tegas Lawatan PM Atas Tuntutan Kerja

Anwar arah semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara, kuat kuasa serta merta

Tatakelola baik bukan beban tapi itulah asas kepercayaan rakyat – Anwar

Sidang itu dijangka mengeluarkan resolusi bersama negara anggota bagi menangani isu semasa di Gaza dan Palestin. Mesyuarat peringkat menteri Arab-Islam diadakan terlebih dahulu pada hari ini sebelum persidangan utama berlangsung.

Persidangan turut membincangkan serangan terhadap Doha pada 9 September lalu, yang dikatakan mensasarkan kepimpinan Hamas ketika rundingan gencatan senjata dengan sokongan Amerika Syarikat. Serangan di Leqtaifiya itu melibatkan kira-kira 15 jet pejuang, mengorbankan enam orang termasuk anak pemimpin kanan Hamas Khalil al-Hayya, pengarah pejabatnya, dan seorang pegawai keselamatan Qatar, manakala pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat