Anwar arah semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara, kuat kuasa serta merta

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuat kuasa serta merta.

Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun, mesyuarat-mesyuarat berjadual atau pun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri boleh diteruskan.

“Ini adalah bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

“Arahan itu juga sebagai persiapan menuju Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya pada Rabu.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan Belanjawan Madani 2026 yang bakal dibentangkan Oktober ini akan digarap selari dengan hasrat dan kerangka besar Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), khususnya dalam aspek menaikkan siling dan lantai ekonomi rakyat.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober ini dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi dengan kehadiran kuasa besar dunia yang berpengaruh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat