Johor Bahru, 13 September 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa lawatan beliau ke luar negara bukan untuk bersenang‐senang, sebaliknya atas urusan rasmi dan keperluan tugas. Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi negeri Johor.
Anwar menyuarakan kekecewaan terhadap mereka yang menuduh beliau suka “berjalan” tanpa bahan kerja. “Ramai kritik kata saya banyak ‘jalan‐jalan’, ingat saya pergi senang-senang, pergi bercuti ‘happy’ ke? Saya pergi sebab kerja,” ujarnya. Beliau menambah, sebagai pemimpin negara yang bebas, suara Malaysia harus didengari di arena antarabangsa.
Beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan ke Doha, Qatar pada hari Ahad untuk menghadiri jemputan rasmi daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, bagi membincangkan isu kemanusiaan di Palestin susulan serangan berterusan.
Dalam ucapannya, PM menegaskan bahawa kerajaan Malaysia sentiasa mengambil berat keperluan domestik, bukan hanya hubungan antarabangsa. Antaranya, beliau menyebut bantuan yang disalurkan ke negeri-negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu jauh lebih besar berbanding semasa kerajaan pembangkang.
Tidak ketinggalan, beliau menyeru rakyat memperkukuh penggunaan bahasa Melayu sebagai lambang perpaduan dan identiti kebangsaan.



