MoU: Tambah baik program jaringan sosial

- Advertisement -

PETALING JAYA : Kerajaan diharap menambah baik program jaringan sosial rakyat selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) semalam yang merangkumi tambahan suntikan dana fiskal.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perincian MoU itu menghendaki kerajaan agar menambah suntikan fiskal melalui dana-dana bantuan tambahan kepada rakyat.

Beliau berharap melalui suntikan fiskal itu, rakyat mendapat manfaat menerusi pertambahan nilai bantuan seperti Bantuan Khas Covid-19 dan Geran Khas Prihatin agar tiada diskriminasi antara penerima terlibat setelah mengambil kira golongan B40 dan M40.

“Harapnya ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat apabila Belanjawan 2022 diumumkan nanti.

“Bantuan rakyat ini adalah ‘safety net’ atau jaminan keselamatan rakyat yang bukan sahaja mampu mengeluarkan rakyat daripada kesempitan jangka pendek bahkan sebagai stimulus kepada pertumbuhan ekonomi negara yang dilanda pandemik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, politik tanah air mencatat sejarah apabila julung kalinya antara Kerajaan Persekutuan dan PH memeterai MoU Tranformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat