Kempen Warisan Tolak Kuala Lumpur, Jadi Bahan Jenaka

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Laungan kempen Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kononnya parti itu menolak campur tangan Kuala Lumpur dalam urusan politik Sabah kini menjadi bahan jenaka di media sosial.

Sebuah video berdurasi 1:22 minit tular hari ini menyaksikan Shafie berapi-api menyatakan beliau tidak mahu Kuala Lumpur menentukan siapa kerajaan dan siapa berkuasa di Sabah.

Namun, beliau sendiri menghubungi mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur mengadu Datuk Seri Najib Tun Razak turun berkempen di Tawau.

“Saya tidak mahu Kuala Lumpur tentukan siapa kerajaan di Sabah ini, saya tidak mahu Kuala Lumpur tentukan siapa berkuasa di Sabah ini,” kata Shafie dalam kandungan video tersebut.

Video itu kemudian memaparkan, Shafie seolah-olah cakap tak serupa bikin apabila membuat panggilan video kepada Dr Mahathir untuk memberitahu Najib ada di Tawau.

Malah, kandungan video itu menunjukkan Warisan bersungguh-sungguh menggerakkan kempen tolak Kuala Lumpur sedangkan Presidennya sendiri minta bantuan Dr Mahathir di Kuala Lumpur

“Kita ubah, tolak Warisan,” tulis video berkenaan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat