Polis Tahan 608 Individu Berhibur Di Kelab Malam, Langgar PKPP

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seramai 608 individu yang berhibur di kelab malam ditahan daripada keseluruhan 763 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 746 individu dikompaun manakala 17 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan lain adalah gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (6), penjarakan fizikal (63), tidak memakai pelitup muka (22), parti persendirian (27).

“Manakala, kesalahan bagi premis beroperasi lebih masa (1), premis beroperasi tanpa lesen (1), perjudian sabung ayam (10), disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian (12), ingkar perintah PKPD (12) dan lain-lain aktiviti (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, polis turut melakukan 57,795 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP melibatkan 2,699 pasukan pematuhan dengan 11,862 anggota.

“Pasukan ini sudah membuat pemantauan di 3,868 pasar raya, 4,939 restoran serta 1,462 penjaja, 1,158 kilang, 3,500 bank dan 657 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau 1,094 terminal pengangkutan darat, 203 terminal pengangkutan air serta 135 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Pada masa sama, Ismail turut memaklumkan dalam Operasi Benteng seramai 71 pendatang asing tanpa izin (PATI), 3 tekong dan seorang penyeludup ditahan.

Beliau berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat