Ceramah Tolak Parti Malaya, Tapi Warisan Runding Kerusi Dengan PKR – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sekiranya Parti Warisan Sabah (Sabah) ingin menolak parti daripada Semenanjung, mengapa parti pimpinan Datuk Seri Shafile Apdal itu kini berunding dengan PKR.

Dakwa beliau, parti itu sebelum ini ada menyatakan untuk menolak kerjasama dengan parti-parti dari semenanjung dan lain pula yang dilakukan oleh Shafie untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Ceramah (parti) Warisan banyak mengatakan tolak parti MALAYA, kalau nak tolak kenapa dan mengapa mahu negotiate kerusi utk bertanding pula?,” soal Bung Mokhtar di Twitte.

Sebelum ini Shafie mengadakan rundingan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengagihan kerusi melibatkan parti yang juga dari Semenanjung Malaysia itu.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya semalam berkata, beliau bertemu Shafie bertanyakan soal pengagihan kerusi pada PRN kali ini.

“Saya sampaikan hasrat KEADILAN selaku rakan sekutu untuk terus diberikan ruang dengan adil dan saksama sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah.

“Kami juga bersetuju bahawa kesemua calon yang akan bertanding dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap sekali gus kekal mengemudi Sabah,” katanya Anwar.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui peratusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diperuntukkan kepada parti itu pada PRN Sabah sebagai ‘sangat kecil’.

Bagaimanapun, katanya, pengagihan kerusi belum lagi dimuktamadkan. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat