Parti Pejuang Akan Berkempen Sokong Warisan – Mukhriz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) akan memberi sokongan padu dan berkempen untuk Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bakal Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan itu ditetapkan Urusetia Penubuhan parti Pejuang.

“Seperti yang telah saya umumkan sebelum ini, Urusetia Penubuhan Parti Pejuang Tanahair memaklumkan bahawa Pejuang tidak meletak calon untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ini.

“Dengan yang demikian, sesiapa yang mengakui dirinya mewakili Pejuang dan menyertai PRN Sabah, tidak langsung berurusan dengan kepimpinan Pejuang, jauh sekali mendapat restu kami sebagai calon Pejuang pada PRN tersebut,” katanya.

Menurut Mukhriz, Pejuang menyokong penuh Parti Warisan Sabah dan sekutu-sekutunya pada PRN ini. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat