Sumbangan Zahid jatuhkan Tun M, Muhyiddin itu benar beri peluang Umno terus berbakti – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menyenaraikan tiga sumbangan besar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali gus membuka ruang untuk Umno terus berbakti kepada rakyat.

Puad berkata, sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 22 bulan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah benar ini juga termasuk menjatuhkan kerajaan 17 bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga benar seterusnya kerana sumbangan Zahid Umno berkongsi kuasa hari ini juga benar.

“Tun M kata dia letak jawatan atas kerelaannya. Bukan kerana Zahid. Dia berbuat demikian kerana Bersatu tidak mahu mendengar nasihatnya.

“Itu betul. Nasihatnya tidak lagi laku. Usaha terakhir untuk jadi PM interim bukti dia tidak mahu lepas jawatan. Itu pun gagal. Terpaksalah dia letak jawatan.

“Ketika itu PKR dan DAP mahu Tun M kekal. Dia tubuh Pejuang untuk kembali jadi PM. Tetapi “times over”. Segala galanya gagal. Umno tidak mati. (Datuk Seri) Anwar dapat juga jadi PM. Dan anaknya (Datuk Seri) Mukriz tersisih. Tun M hanya berjaya memenjarakan (Datuk Seri) Najib.

“Oleh itu sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 22 bulan Tun adalah benar. Sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 17 bulan Muhyiddin juga benar. Dan sumbangan Zahid Umno berkongsi kuasa hari ini juga benar.

“Tun M tidak suka mengalah. Kali ini dia kalah. Umno masih ada tempat berbakti kepada rakyat. Berehatlah Tun. Jasa mu tetap dikenang,” ucap Puad dalam kenyataannya semalam.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan hero yang menjatuhkannya sebagai pemimpin nombor satu negara ketika itu seperti didakwa.

Dr Mahathir sebaliknya menjelaskan, keputusan beliau untuk meletak jawatan secara terhormat dibuat disebabkan Bersatu menolak nasihatnya, bukan ada kaitan dengan usaha untuk mengharamkan Umno.

“Sebab yang saya letak jawatan ialah apabila parti saya, Bersatu, menolak nasihat saya. Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya, dia secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan.

“Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuh saya dan menyelamat Umno.

“Zahid bukan hero. Beliau hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat Umno, iaitu DAP, supaya jadi Timbalan Perdana Menteri demi menyelamatkan dirinya daripada dibicara berkenaan kesalahannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Zahid Sabtu lalu, mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu dalam usaha menyelamatkan tindakan pengharaman parti tersebut.

Menurutnya, tindakan luar biasa terbabit terpaksa dilakukan untuk menolak Dr Mahathir yang ingin mengharamkan Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat