Tesis PhD Ismail Sabri cara Malaysia perangi Covid-19 dilulus panel penilai UUM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tajuk kajian pengajian Doktor Falsafah (PhD) Model Polisi Mendepani Pandemik Ancaman Keselamatan Kesihatan: Kajian Kes Covid-19 di Malaysia (2020-2022) yang dibentang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah diterima panel penilai di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tiada satu negara pun yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam pengurusan virus berkenaan kerana ia merupakan kali pertama Covid-19 melanda dunia.

Justeru Ismail Sabri berharap dunia dapat melihat bagaimana pengalaman dan tindakan Malaysia memerangi Covid-19.

“Hari ini(semalam) saya berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi pembentangan Proposal Defence untuk PhD.

“Tajuk kajian saya adalah Model Polisi Mendepani Pandemik Ancaman Keselamatan Kesihatan: Kajian Kes Covid-19 di Malaysia (2020-2022).

“Alhamdulillah setelah selesai pembentangan dan komen dari ahli panel, saya mendapat berita yang menggembirakan iaitu saya lulus. Terima kasih para penyelia dan pengurusan UUM yang banyak membantu,” kata Ahli Parlimen Bera itu.

Beliau sebelum ini memberitahu, tesis yang dijalankannya mengenai tindakan Malaysia dalam memerangi Covid-19.

Hal ini kerana Malaysia diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai antara negara yang terbaik dalam memerangi Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat