Najib sudah tinggalkan penjara, kenapa AGC baru hendak teliti kekeliruan? – Rafique

KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid mempersoalkan tindakan penangguhan pelaksanaan tahanan rumah ketika Datuk Seri Najib Razak sudah bergerak keluar meninggalkan Penjara Kajang.

Rafique turut mempertikai, apa yang Peguam Negara (AG) serta Jabatan Peguam Negara (AGC) buat dari tarikh 18 Sept 2026 apabila perintah tahanan rumah ini diputuskan?

“… bukankah Peguam Negara turut hadir sebagai ahli dalam Lembaga Pengampunan?

“Mengapa tidak buat apa-apa tindakan penelitian dan penjelasan waktu itu?

“Mengapa baru hari ini ketika Najib sudah kelihatan meninggalkan penjara maka pihak Jabatan Peguam Negara tiba-tiba membangkitkan tentang kekeliruan dua interpretasi tersebut? soal Rafique.

Tambahan katanya, pula rakyat juga perlu tanya, apa tindakan yang hendak dibuat?

“Apa-apa tindakan mahkamah sekiranya ada selepas ini mestilah terhadap Kerajaan Malaysia secara logik siapa peguam yang akan wakili?

“Ini nampak macam Penasihat Undang-Undang Kerajaan minta penjelasan pada Penasihat Undang-Undang Kerajaan. Sedangkan dua-dua ini orang yang sama. Peguam Negara tanya pada Peguam Negara.

“Rupa-rupanya, dia tanya diri dia sendiri.

“Adakah ini undang-undang rimba?

“Ini bukanlah untuk membela mana-mana pihak, namun semata-mata demi menegakkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang serta menjaga institusi-institusi yang menjadi benteng keselamatan dan kedaulatan negara,” tegasnya yang juga peguam.

Menurut Rafique, Peguam Negara adalah penasihat utama undang-undang negara serta rakan kongsi ulung firma guaman yang ada ratusan peguam dalam firma yang dikenali sebagai Jabatan Peguam Negara.

“Peguam Negara hendak tangguh kerana mahu teliti dan jelaskan berhubung dua intepretasi tentang tahanan rumah Najib iaitu jalani baki hukuman tertakluk kepada denda RM50juta yang dibayar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat