Wan Rosdy nafi pertikai pelantikan MB Negeri Sembilan daripada PKR

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan sekeras-kerasnya satu poster yang tular mempertikai pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegasnya, ia satu perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang cuba memecahbelahkan kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Terdahulu, tular satu poster yang bertajuk “Barisan Nasional layak memimpin Negeri Sembilan kata Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail,” pada Isnin.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya satu poster yang tular di media sosial kononnya saya mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

“Bagi saya ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang cuma memecahbelahkan kerjasama antara Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan serta mencalar imej saya selaku Menteri Besar Pahang dan Naib Presiden UMNO.

“Malah, gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Pahang masih lagi kukuh dalam terus mentadbir Negeri Pahang sehingga hari ini.

“Cukup-cukuplah berpolitik 24 jam dan hentikanlah menyebar fitnah kebencian yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan kita semua.” Kata Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua hari ini.

Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini, pada 4.15 petang tadi.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat