MBSA Digesa Bantu Peniaga Kecil Dapatkan Lesen Perniagaan -MB-

- Advertisement -

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) digesa untuk membantu peniaga kecil untuk mendapatkan lesen perniagaan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebentar tadi.

Menteri Besar Selangor itu mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan dan Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman untuk membincangkan masalah yang timbul berkaitan premis perniagaan haram.

Amiruddin juga meminta pihak berkuasa tempatan agar terus membanteras perniagaan haram yang dijalan warga asing di negeri itu.

“Saya difahamkan MBSA akan melaksanakan Program bersama Peniaga dan Penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh bermula pada hari Sabtu, 15 Ogos. Kaunter Permohonan Permit Penjaja Sementara akan dibuka bagi memudahkan para penjaja dan peniaga setempat mendapatkan lesen dan permit berniaga, katanya lagi.

Ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin dengan permasalahan oleh penjaja dan peniaga kecil terutama menghadapi kesan wabak Covid-19. Kerajaan Negeri juga sentiasa konsisten dalam membanteras perniagaan warga asing serta premis perniagaan haram, ujar Amirudin lagi.

MBSA turut mengulangi komitmen bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai siasatan SPRM yang sedang berjalan. Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan konsep ‘transparency’ dan ketelusan dalam melaksanakan tugasan dan khidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Adun Paya Jaras menyarankan peniaga kecil di Sg Buloh menubuhkan persatuan untuk membantu menyelesaikan peniaga yang tidak ada lesen yang terkesan kerana tidak dapat menjalankan aktiviti pernigaan, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat