Kontroversi Nyah Beku Akaun: Najib Dakwa LGE & Bekas Peguam Negara Lakukan Kesalahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman Facebook beliau sebentar tadi mendakwa, bekas Menteri Kewangan PH dan bekas peguam Negara lantikan PH telah melakukan kesalahan dalam kontroversi menyahbeku akaun bank seorang jutawan yang pernah terkait dalam siasatan 1MDB.

Dakwa Najib, “Ini surat balas Tommy Thomas masa dia peguam negara kepada Lim Guan Eng yang sudah tular.

“Jelas bahawa Guan Eng telah melakukan kesalahan kerana menjadi runner bagi taikun developer dan mengarahkan peguam negara untuk nyahbeku akaun berdasarkan nota PM7”, dakwa beliau lagi.

Najib juga berkata, Tommy turut telah melakukan kesalahan kerana mengikut perintah bekas menteri kewangan berkenaan termasuk mendedahkan butiran bank jutawan itu dan butiran kes kepadanya (bekas Menteri).

Untuk menyokong dakwaannya, Najib turut menyertakan salinan surat bekas Peguam Negara berkenaan kepada bekas menteri tersebut.

Posting asal Najib berkaitan perkara itu boleh dirujuk disini.

Berkaitan dengan isu sama, tiga hari lepas, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull menafikan beliau telah mengeluarkan arahan agar akaun jutawan tersebut dinyahkan bekukan semasa mengetuai agensi berkenaan antara Mei 2018 hingga Mei 2019.

“Saya sentiasa menjaga integriti saya. Dalam mana-mana siasatan saya tak akan patuh dengan mana-mana arahan termasuk menteri atau Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat