Selepas dihukum penjara dan denda, Nezar Mohamed bakal disaman RM1 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas dijatuhkan hukuman penjara dan denda, pemilik restoran Nasi Kandar Salleh bakal berdepan tuntutan saman berjumlah RM 1 juta.

BH Online melaporkan tuntutan saman itu difailkan oleh penduduk dan pemilik kedai di Napoh bagi menuntut kerugian selepas terkesan dengan kluster PUI Sivagangga.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff, berkata tuntutan saman itu dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua orang supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin.

“Sehingga semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh.

“Dijangka hari ini akan ada lagi penduduk yang mahu berbuat demikian menerusi nasihat guaman Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma,” katanya seperti dilapor BH.

Pemilik Restoran Salleh, Nezar Mohamed Sabur Batcha yang ingkar kuarantin di rumah selepas pulang dari India, telah dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan oleh mahkamah di Alor Setar, selepas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada bulan lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat