DUN Melaka peroleh majoriti besar luluskan enakmen Adun lantikan

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan pindaan terhadap Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi membolehkan pelantikan tidak melebihi tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas memperoleh sokongan 23 ADUN, manakala lima lagi tidak menyokong.

Terdahulu, usul bagi pindaan itu dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan disokong EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Ab Rauf berkata pindaan itu antaranya bagi memperkukuh representasi dalam DUN melibatkan individu yang mempunyai kepakaran, pengalaman dalam bidang tertentu seperti perundangan, ekonomi, pendidikan, pelaburan, teknologi dan pembangunan negeri untuk menyumbang secara langsung pada proses penggubalan dasar serta perbahasan, lapor Bernama di Melaka pada Selasa.

“Kedua, memberikan ruang kepada kumpulan yang kurang diwakili. Pelantikan ini boleh meningkatkan penyertaan golongan wanita, belia, Orang Asli, komuniti minoriti, profesional, wakil sektor industri yang mungkin tidak berjaya melalui proses pilihan raya, tetapi mampu menyumbang kepada pembangunan negeri,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat