7 Adun lantikan bertujuan bawa masuk pakar bidang – Rauf

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merakamkan penghargaan kepada semua 23 Adun di negeri itu yang telah menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi membolehkan pelantikan tidak lebih daripada tujuh orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik.

Ab Rauf berkata, perlu dijelaskan di sini bahawa, kerajaan negeri tidak membawa pindaan ini untuk mengurangkan kuasa rakyat, menggantikan Adun yang dipilih atau mewujudkan jalan belakang bagi mendapatkan kuasa dan kedudukan politik. Sebaliknya, matlamat asal pindaan ini adalah untuk memperkukuh Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebagai sebuah institusi yang lebih inklusif, berpengetahuan dan berkeupayaan menangani cabaran pentadbiran moden yang semakin
kompleks.

“Adun yang dipilih oleh rakyat kekal sebagai tunjang utama Dewan. Mereka mempunyai mandat langsung daripada pengundi dan kedudukan tersebut tidak disentuh oleh pindaan ini.

“Bilangan 28 orang Adun yang dipilih oleh rakyat juga kekal sebagaimana yang diperuntukkan pada masa ini,” jelasnya dalam kenyataan.

Memprincikan perkara itu, Ab Rauf berkata, cadangan Adun lantikan hanyalah sebagai pelengkap kepada komposisi sedia ada, khususnya bagi membawa masuk kepakaran,pengalaman dan pandangan daripada bidang-bidang yang diperlukan oleh Negeri Melaka.

“Bilangan mereka dihadkan kepada tidak lebih daripada tujuh orang. Jumlah tersebut merupakan had maksimum dan bukannya suatu kewajipan bahawa kesemua tujuh tempat mesti diisi. Malah, ini juga merupakan salah satu manifesto oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -15 yang lalu.

“Keutamaan saya adalah untuk memastikan bahawa apa-apa keputusan yang diambil tidak melemahkan mandat rakyat, tidak membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan tidak menjejaskan kestabilan Negeri Melaka.

“Matlamat akhirnya mestilah jelas, iaitu untuk memperkukuh institusi Dewan Undangan Negeri, meningkatkan mutu dasar dan perbahasan serta memberikan manfaat yang lebih baik kepada rakyat,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat