Himpunan tak gugat kedudukan kukuh Anwar, majoriti MP sokong

KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kukuh dan tidak akan terjejas oleh sebarang usaha untuk menggugatnya termasuk mengadakan perhimpunan.

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam kerajaan Madani.

“Usaha menggugat kedudukan Perdana Menteri melalui himpunan juga tidak memberi kesan terhadap kestabilan politik semasa, selain tiada hala tuju yang jelas.

“Ia lebih bersifat menangguk di air keruh dan hanya mencetuskan kebimbangan serta keresahan dalam kalangan rakyat tanpa menawarkan sebarang penyelesaian,” katanya menurut Bernama di, Ipoh, malam tadi.

Kamil yang juga setiausaha politik kepada Menteri Kewangan, berkata pihaknya yakin rakyat semakin bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan himpunan didalangi pemimpin pembangkang.

“Bagaimanapun, kami tetap menjunjung prinsip demokrasi dan tidak menghalang hak mereka untuk berkumpul seperti yang dijamin Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan kini lebih menumpukan usaha menstabilkan kos sara hidup, memperkukuh keyakinan pelabur serta memastikan penyampaian dasar dengan lebih berkesan kepada rakyat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat