Penyelia, Guru KAFA Pahang Terima Insentif

- Advertisement -

KERDAU: Kerajaan Negeri Pahang memberi sumbangan Insentif wang tunai kepada Guru-Guru dan Penyelia.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengumumkan Insentif tersebut berkata, setiap Guru KAFA akan menerima RM300 dan Penyelia sebanyak RM500.

Jelas Wan Rosdy, ini sebagai tanda ingatan Kerajaan Negeri bagi menghargai peranan, sumbangan, pengorbanan, jasa serta khidmat bakti para guru-guru dan penyelia KAFA.

“Saya ke Kerdau, Temerloh bagi menyerah Insentif Kerajaan Negeri kepada Guru-Guru dan Penyelia KAFA Negeri Pahang di Dewan Dato’ Zaharuddin.

”Melalui insentif ini, setiap guru KAFA akan menerima sumbangan RM300 ringgit, manakala Penyelia KAFA akan menerima RM500 ringgit setiap seorang.

”Ini sebagai tanda ingatan Kerajaan Negeri bagi menghargai peranan, sumbangan, pengorbanan, jasa serta khidmat bakti para guru-guru dan penyelia KAFA di negeri Pahang yang berusaha gigih melahirkan anak-anak yang membudayakan ilmu al-quran dan fardhu ain dalam kehidupan.” Kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, pada Khamis.

Kata Wan Rosdy lagi, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengambil perhatian yang serius terhadap perkembangan pendidikan anak-anak di negeri Pahang ini terutamanya melibatkan Pendidikan Al-Quran dan Fardu Ain kerana ianya merupakan proses pembinaan sahsiah dan akhlak untuk generasi akan datang.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat