Ironi kematian Shinzo Abe, dari Abenomics kepada Abenomask

- Advertisement -

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilahirkan di Tokyo pada 21 September 1954 dalam keluarga elit politik Jepun. Beliau merupakan cucu kepada Perdana Menteri Nobusuke Kishi (1957-1960).  Manakala bapa saudaranya, Sato Eisaku juga menjadi Perdana Menteri Jepun antara tahun 1964 – 1970.

Justeru tidak hairanlah, Abe kemudian mampu mendaki hierarki politik dari memenangi pilihan raya Dewan Perwakilan (rendah) Jepun pada 1993 sehinggalah kemudiannya menjadi Perdana Menteri termuda Jepun pada usia 52 tahun (2006).

Namun dalam politik Jepun yang sentiasa tidak stabil, berhadapan kritikan keras dan kemerosotan prestasi partinya, Liberal Demokratik Party (LDP), serta faktor kesihatan, Shinzo Abe meletak jawatan pada 2007.

Bagaimanapun pada 2012, Abe memenangi jawatan Presiden LDP dan kemudiannya memimpin parti tersebut menang pilihan raya Jepun. Abe kembali menjadi Perdana Menteri pada 2012 dan mengekalkan kedudukan tersebut selamat 8 tahun, sehingga 2020. Tempoh pentadbiran selama 8 tahun Abe merupakan tempoh paling lama seseorang pernah menjadi Perdana Menteri Jepun dalam zaman pasca perang.

Abe akan diingati sebagai tokoh yang berani melakukan reformasi kepada ekonomi Jepun, membuat perubahan perlembagaan negara dan membawa sukan Olimpik 2020 ke Tokyo. Reformasi ekonominya melibatkan peningkatan bekalan wang negara, meningkatkan perbelanjaan kerajaan, dan menggubal pembaharuan untuk menjadikan ekonomi Jepun lebih berdaya saing.

The Economist 18 Mei 2013 memberi ulasan sangat menarik mengenai Abenomics dan juga menggambarkan kekuatan personaliti Shinzo Abe apabila menjadi Perdana Menteri buat kali kedua – He has put Japan on a regime of “Abenomics”, a mix of reflation, government spending and a growth strategy designed to jolt the economy out of the suspended animation that has gripped it for more than two decades. He has supercharged Japan’s once-fearsome bureaucracy to make the government vigorous again. And, with his own health revived, he has sketched out a programme of geopolitical rebranding and constitutional change that is meant to return Japan to what Mr Abe thinks is its rightful place as a world power.

Abe akhirnya meletak jawatan pada 2020 apabila dikritik kerana gagal mengambil tindakan segera dalam menangani pandemik Covid-19. Dari kejayaan Abenomics, Abe kehilangan midas touch berhadapan pandemik.

Pentadbiran beliau lambat mengadakan sekatan perjalanan, dan kemudian memperkenalkan pemberian topeng separa muka secara percuma keluaran kerajaan, tetapi menemui kegagalan. Ia gagal diedarkan secara menyeluruh ke seluruh negara dan mendapat banyak kritikan mengenai kualiti sehingga ada yang terpaksa dipulangkan sehingga secara sarkastik dilabel sebagai Abenomask.

Pengalaman dua kali menjadi Perdana Menteri memberi kelebihan kepada Abe untuk membaca rentak politik. Merasakan beliau telah menjadi sasaran mudah musuh LDP, Abe pada usia 65 tahun mengumumkan peletakan jawatannya hanya empat hari selepas dia mencatat rekod sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat.

Jumaat lalu, Jepun dan dunia bersedih atas pembunuhan Abe. Beliau ditembak dua kali dan orang yang disyaki telah ditangkap. Namun motif pembunuhan masih samar.

Walaupun Jepun terkenal dengan kumpulan jenayah terancang Yakuza, namun pembunuhan ahli politik terutamanya kalangan pemegang pimpinan tertinggi negara tersebut agak jarang berlaku.

Paling hampir kepada pembunuhan berprofil tinggi ialah pada 2006 apabila Datuk Bandar Nagasaki Jepun Itcho Ito, ditembak di Nagasaki oleh seorang anggota kumpulan jenayah terancang Yamaguchi Gumi.

Bagaimanapun bagi keluarga Shinzo Abe, pembunuhan ini mengulangi catatan sejarah sedih mereka. Pada 1960, datuknya yang juga bekas perdana menteri pernah ditikam sebanyak enam kali namun terselamat dari maut.

Walau apa pun kritikan terhadap pentadbirannya terutama di akhir tahun 2020, beliau akan diingat sebagai orang yang telah berjaya membawa Jepun keluar dari kemelut ekonomi, gempa bumi yang dahsyat, tsunami, bencana nuklear dan pandemik serta menstabilkan politik Jepun selama lapan tahun.

Bagi seorang Perdana Menteri yang berjaya menstabilkan politik negaranya, cara kematiannya adalah sangat ironis dan tidak disangka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat