Ibu Tunggal Hilang Pendapatan, Jual Perabot Rumah Demi Sara Empat Anak

- Advertisement -

PORT DICKSON – Hilang kerja dan pendapatan akibat pandemik Covid-19 menyebabkan seorang ibu tunggal terpaksa menjual perabot rumah demi meneruskan kehidupan.

Itulah ujian berat dialami Siti Rohani Cheok Abdullah, 46, yang turut berdepan hutang bank selain menyara empat anaknya termasuk salah seorang daripadanya kategori orang kurang upaya (OKU) lembam.

Menurutnya, dia terpaksa mengenepikan perasaan malu dengan meluahkan masalahnya di laman sosial ‘Facebook’ selain terpaksa menjual perkakasan rumahnya satu persatu.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ujian yang saya terima bertimpa-timpa membuatkan hidup saya sangat tertekan selain hilang arah tujuan, mujur ada anak yang menenangkan.

“Untuk makan minum, InsyaAllah tiada masalah kerana ramai sudi membantu. Namun apa yang merisaukan saya adalah hutang kereta dan motosikal yang perlu dibayar setiap bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Orkid di sini, tadi.

Terdahulu ibu tunggal ini menerima kunjungan dan sumbangan menerusi program Op Bantu daripada Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat tetapi terpaksa ‘dicutikan’ susulan pelaksanaan PKP 3.0. dan pejabat ini ditutup buat sementara waktu.

Siti Rohani berkata, dia terpaksa menolak peluang pekerjaan lain kerana risau meninggalkan anak perempuannya seorang diri di rumah.

“Saya bimbang anak sulung OKU saya itu melakukan perkara tidak sepatutnya. Keadaannya masih belum stabil untuk diberi tanggungjawab menjaga adik-adiknya di rumah sendirian.

“Saya bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang penerima bantuan dan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kami anak beranak,” katanya.

Sementara itu Aidi Sham berkata, sejak program Op Bantu itu dilancarkan 7 Julai lalu, sebanyak 57 keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sudah dibantu. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat