Cukai langkah terbaik elak kerajaan berhutang, pinjam dana luar negara- Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sistem kutipan cukai yang diamalkan di negara ini adalah bagi mengelak kerajaan berdepan dalam keadaan terus berhutang atau meminjam dana daripada luar negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kerajaan perlu mengambil tindakan drastik supaya negara tidak terjejas akibat hutang sehingga mendatangkan risiko kepada generasi akan datang.

“Tetapi ada juga pengusaha di luar sana mengambil kesempatan untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Sebab itu mana-mana agensi kerajaan yang terbabit secara langsung mengutip hasil untuk negara, sebenarnya hasil kita kutip bukan untuk kita, tetapi kutip hasil untuk negara dan generasi akan datang,” lapor BH.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada Jumaat.

Himpunan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, seorang peserta himpunan itu bertanya mengenai langkah kerajaan menambah bilangan pembayar cukai berbanding meningkatkan kadar cukai sedia ada.

Mengulas lanjut, Johari berkata, pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan tidak akan bertahan lama jika negara hanya bersandarkan kepada hutang.

Dalam pada itu, katanya, sesebuah jabatan atau agensi perlu melaksanakan perubahan dan menjadi lebih bertanggungjawab, konsisten dan berdisiplin.

“Saya mempunyai pengalaman di Kementerian Kewangan selama 22 bulan, saya bersetuju dalam soal konteks kita kena meningkatkan pendapatan kerajaan.

“Tetapi dalam proses kita meningkatkan pendapatan kerajaan ini, kita mesti berlaku adil dan saksama kepada mereka yang mengadu mengenai sistem percukaian kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat