Kerusi Menteri Dipegang Zuraida Milik Bersatu – Muhyiddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian bahawa kerusi menteri yang dipegang oleh Datuk Zuraida Kamaruddin adalah kuota parti itu.

Menurut beliau, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet sebelum ini juga adalah atas kapasiti parti pimpinannya.

“Justeru, saya nak beritahu bahawa Zuraida duduk atas kapasiti sebagai ahli Bersatu, dan memang sejak saya dahulu (Perdana Menteri kelapan), kuota itu adalah kuota parti.

“Semua tahu bahawa keputusan melantik sesiapa itu hak Perdana Menteri dan bila itu berlaku kita akan calonkan nama anggota yang sesuai bagi menggantikan Zuraida,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di sini, hari ini.

Sebelum ini Zuraida menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Selain itu, Muhyiddin memaklumkan, beliau masih menunggu tarikh untuk berjumpa Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu pengganti Zuraida.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, pihaknya menafikan desas-desus kononnya Ahli MPT Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon akan meninggalkan parti mengikuti jejak Zuraida.

Menurutnya, ia satu dakwaan palsu dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai parti dan masa depan Bersatu.

“Kenapa tidak kata semua keluar (Bersatu), itu lagi berita besar. Setahu saya tidak betul dakwaan itu kerana saya rapat dengan Mohamed Azmin.

“Mohamed Azmin adalah menteri yang datang daripada Bersatu dan kita kerap berbincang bukan saja soal masuk keluar, soal masa depan parti.

“Desas-desus itu tidak berasas dan kenapalah orang nak bagi sasaran kepada Bersatu, apa yang bimbang dengan Bersatu ini kerana kami parti kecil sahaja,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat