Ezad akui segelintir artis terima bayaran tak sepatutnya

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Ezad Lazim mengesahkan kebenaran segelintir penyanyi era 1990-an menerima bayaran yang tidak sepatutnya dari penganjur.

Menurutnya, perkara ini berlaku akibat pelbagai faktor terutamanya populariti artis itu yang merosot serta kelangsungan hidup mereka.

“Kadang kala benda ini bergantung kepada penganjur juga serta permintaan yang ada. Ia macam kita jual beli barang dan nyanyian ibarat benda yang dijual.

“Kena tengok permintaan masyarakat terhadap artis itu pada tahap bagaimana. Di sini ia bergantung kepada pihak yang nak mendapatkan khidmat mereka untuk membayar berapa harganya.

“Saya sedar dan tahu ada juga segelintir artis yang diberikan bayaran murah hanya ratusan ringgit sedangkan dia memang terkenal dengan banyak lagu hit.

“Tapi kadang-kadang segelintirnya tidak kisah ambil juga harga yang ditawarkan,” katanya.

Ezad berkata, ada sesetengah artis era itu sudah lama tidak keluar TV dan menyanyi akibat peredaran masa. “Jadi apabila penganjur tawarkan bayaran rendah pun dia ambil juga dari tiada langsung show. Ia antara punca terjadinya isu ini.

“Sebab itulah penyanyi yang ada sekarang cuba ‘rebranding’ semula imej dan ‘stail’ agar mereka kekal relevan di kalangan peminat.

“Imej dan personaliti juga membantu dalam perkara ini. Saya bersyukur kerana belum pernah berdepan dengan isu ini,” katanya yang bersimpati dengan mereka.

Ezad berkata, dia bagaimanapun boleh bertolak ansur menerima bayaran rendah membabitkan persembahan tertentu.

“Ia bergantung juga sekiranya untuk persembahan amal, membantu dana sekolah dan sebagainya. Kalau sekiranya ada kelapangan dan boleh buat, saya okey saja.

“Kadang show amal tak bayar pun saya okey saja untuk bantu. Apa salahnya kalau beri impak yang bagus kepada saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat