vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE rasmi dilancarkan di Malaysia, tampilkan era baru fotografi dan videografi mudah alih

Suasana di D Theater, Hextar World @ Empire City bertukar meriah apabila vivo Malaysia
secara rasmi melancarkan siri flagship terbaharu mereka, vivo X300 Series. Majlis pelancaran yang menghimpunkan media, pencipta kandungan, peminat teknologi dan rakan strategik industri itu menjadi pentas utama untuk memperkenalkan dua model premium baharu iaitu vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE, yang masing-masing membawa identiti tersendiri dalam dunia fotografi dan videografi mudah alih.

Sejak awal acara, vivo jelas mahu memperlihatkan bahawa siri X300 bukan sekadar naik taraf biasa, tetapi satu evolusi besar dalam pengalaman penggunaan telefon pintar flagship. Dengan kerjasama teknologi optik bersama ZEISS, kedua-dua peranti ini dibangunkan untuk memenuhi gaya hidup moden yang semakin bergantung kepada penciptaan kandungan, rakaman video berkualiti tinggi dan fotografi profesional secara mudah alih.

Antara model yang paling mencuri perhatian sudah tentunya vivo X300 Ultra. Peranti flagship premium ini diperkenalkan sebagai telefon pintar yang memberi fokus penuh terhadap pengalaman videografi sinematik dan fotografi profesional. Ketika sesi demonstrasi berlangsung di pentas utama, vivo memperlihatkan bagaimana vivo X300 Ultra mampu menghasilkan rakaman ultra jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar. Dengan penggunaan ZEISS Master Lenses Collection yang merangkumi lensa 14mm ultra-lebar, 35mm documentary dan 85mm APO telefoto, telefon ini memberikan fleksibiliti seperti menggunakan kamera profesional sebenar.

Apa yang lebih menarik, vivo turut memperkenalkan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra yang mampu mencapai jarak fokus setara 400mm. Ketika demo dilakukan di dalam dewan, hasil tangkapan jarak jauh yang dipaparkan di skrin utama kelihatan sangat tajam dan stabil, sekaligus menunjukkan kemampuan sebenar teknologi telefoto baharu vivo. Ciri rakaman Multi-Focal 4K 120fps 10-bit Log Video juga menjadi antara fungsi yang paling mendapat perhatian, terutama dalam kalangan pencipta kandungan dan videografer yang hadir pada malam tersebut.

Selain fokus terhadap video, vivo X300 Ultra juga tampil dengan rekaan premium yang diinspirasikan daripada kamera klasik. Modul kamera besar dengan kemasan metalik memberi identiti tersendiri kepada peranti ini, menjadikannya nampak eksklusif dan profesional dalam masa sama. Walaupun hadir dengan spesifikasi berkuasa tinggi, vivo masih mengekalkan reka bentuk ergonomik supaya selesa digunakan untuk tempoh panjang, terutama ketika rakaman video atau fotografi luar.

Dalam masa sama, vivo turut memperkenalkan vivo X300 FE yang disasarkan kepada pengguna yang mahukan telefon flagship ringan tetapi masih memiliki kemampuan kamera yang hebat. Model ini boleh dianggap sebagai pilihan lebih praktikal untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan prestasi premium. Dengan berat hanya sekitar 191 gram dan badan yang nipis, vivo X300 FE terasa sangat selesa dipegang, terutama untuk penggunaan sebelah tangan.

Walaupun lebih kompak, vivo X300 FE masih membawa sistem kamera berasaskan ZEISS termasuk Kamera Telefoto ZEISS 50MP dan Kamera Utama ZEISS 50MP. vivo turut menampilkan Stage Mode yang dibangunkan khusus untuk rakaman konsert dan acara langsung. Ketika sesi pengalaman kamera di ruang demo, fungsi ini menunjukkan kemampuan menghasilkan gambar lebih terang, jelas dan seimbang walaupun dalam pencahayaan pentas yang berubah-ubah.

Bukan itu sahaja, vivo X300 FE juga hadir dengan pelbagai fungsi AI baharu yang menjadikan proses fotografi dan suntingan lebih mudah. Fungsi seperti AI Magic Move, AI Reflection Erase dan AI Erase membantu pengguna menghasilkan gambar yang lebih kemas tanpa perlu bergantung kepada aplikasi suntingan pihak ketiga. Ia jelas menunjukkan bagaimana vivo kini memberi perhatian serius terhadap penggunaan AI dalam pengalaman fotografi harian.

Dari segi prestasi, kedua-dua model siri vivo X300 dikuasakan cip flagship generasi baharu yang menjanjikan pengalaman penggunaan lebih lancar dan responsif. vivo turut memberi penekanan terhadap ketahanan bateri dengan penggunaan bateri BlueVolt berkapasiti besar bersama sokongan FlashCharge berkuasa tinggi. Dalam penggunaan harian, pengguna bukan sahaja mendapat prestasi kamera yang hebat, tetapi juga pengalaman multitugas, gaming dan hiburan yang lebih stabil.

Satu lagi perkara menarik yang diumumkan ketika majlis pelancaran ialah komitmen jangka panjang vivo terhadap sokongan perisian. Kedua-dua model hadir dengan jaminan kemas kini sistem operasi sehingga lima tahun dan penyelenggaraan keselamatan selama tujuh tahun. Langkah ini menunjukkan vivo semakin serius dalam menawarkan pengalaman flagship premium yang tahan lama untuk pengguna.

Majlis pelancaran di D Theater, Hextar World @ Empire City itu juga memperlihatkan usaha vivo untuk menghubungkan teknologi dengan gaya hidup moden. Sepanjang acara berlangsung, tetamu berpeluang mencuba sendiri keupayaan kamera, rakaman video sinematik dan aksesori tambahan seperti vivo SmallRig Pro Video Rig Kit yang direka khas untuk pengguna profesional.

Dengan pelancaran vivo X300 Series, vivo dilihat semakin agresif dalam pasaran flagship premium Malaysia, khususnya dalam segmen fotografi dan videografi mudah alih. Gabungan teknologi ZEISS, sistem AI pintar, rekaan premium dan prestasi berkuasa tinggi menjadikan kedua-dua model ini antara telefon pintar flagship paling menarik yang diperkenalkan tahun ini.

vivo X300 FE ditawarkan pada harga bermula RM3,299 manakala vivo X300 Ultra bermula pada RM5,899. Pra-tempahan kini dibuka sehingga 22 Mei 2026 menerusi semua vivo Concept Store dan laman rasmi vivo Malaysia.

Laman Web: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat