Wan Rosdy Risau Kes Covid-19 Di Kuantan Belum Reda

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa kebimbangan kerana kes Covid-19 yang berlaku di negeri ini khususnya di Daerah Kuantan masih belum reda.

Jelasnya, daripada 175 kes positif yang dicatatkan di Pahang, sebanyak 135 kes datang dari daerah Kuantan. sekarang wujud kluster baharu tempat kerja dikenali Kluster Menara Jalan Putra, di Kuantan.

“Petang ini, saya mendapat maklum daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang berkenaan situasi terkini wabak pandemik COVID-19 di negeri ini yang belum juga reda, terutamanya di daerah Kuantan.

” Sehingga 5 petang 14 Mei, daripada 178 kes positif baharu yang dilaporkan di Pahang, 135 kes daripadanya melibatkan daerah Kuantan termasuk dengan kemunculan kluster baharu tempat kerja dikenali Kluster Menara Jalan Putra,” ujarnya melalui kenyataan media.

 

Katanya lagi, empat (4) hari sebelumnya pun, turut menunjukkan bilangan kes positif baharu yang tinggi di daerah Kuantan berbanding seluruh Pahang iaitu 38 kes daripada 77 kes pada 10 Mei; 40 kes daripada 85 kes pada 11 Mei; 39 kes daripada 63 kes pada 12 Mei; dan, 22 kes daripada 56 kes pada 13 Mei.

Selain itu, ujarnya lagi, sudah terdapat empat (4) lokaliti/kawasan dalam daerah Kuantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) termasuk Taman Tanah Putih Baharu yang masih berkuatkuasa, bermula 5 Mei sehingga 18 Mei.

“Tiga (3) lokaliti/kawasan lain yang pernah dikenakan PKPD yang sama dan telahpun tamat tempoh penguatkuasaannya ialah Indera Mahkota 2, Astaka Village, dan Galing.

“Maklumat-maklumat yang diperolehi ini sangat membimbangkan saya. Ini disebalik saranan berkali-kali saya keluarkan sebelum ini termasuk terbaharu, dalam perutusan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1442 Hijrah, tentang keperluan kita mematuhi segala nasihat dan panduan yang Kerajaan keluarkan.

Wan Rosdy menasihatkan serta merayu agar rakyat Pahang khususnya penduduk Kuantan, memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Saya bimbang jika situasi sekarang berlarutan, malah berlaku lagi peningkatan terutamanya di daerah Kuantan, MKN mungkin akan mencadangkan langkah-langkah yang lebih ketat lagi bagi membendunginya, katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat