Malaysia Bersamamu ‘Palestin’ – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: ‘Allahuakbar’, itulah kata-kata Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin setelah melihat video keadaan di bandar Gaza selepas dibom oleh tentera penjajah Israel.

Tegas beliau , kebiadapan yang dilakukan oleh tentera penjajah Israel sangat tidak menghormati umat Islam dan umatnya.

Katanya lagi, sebagai tanda solidariti Malaysia akan tetap berdiri teguh bersama Palestin.

“Video keadaan di bandar Gaza selepas dibom tentera penjajah Israel. Allahuakbar sampai begini kemusnahan.

” Ramai saudara mara kita di sana yang cedera dan hilang nyawa, tapi yang paling menyentuh hati, takbir raya mengagungkan Allah SWT tetap kedengaran,

“Kuat semangat dan kental jiwa mereka walau dizalimi Israel. Kebiadaban ini sangat tidak menghormati Islam dan umatnya. Semua pihak mesti menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat. Malaysia akan terus bersama Palestin!” tegasnya melalui catatan Facebook beliau. -SuaraTV

Pautan FB:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat