Dunia Perlu Kecam Kekejaman Israel Terhadap Rakyat Palestin- Wan Rosdy

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail menggesa dunia mengecam kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, Konflik antara Negara Palestin dan Zionist Israel ini telah berlarutan terlalu lama dan semakin hari keadaan di tebing barat semakin meruncing.

“Hari ini 1 Syawal 1442 Hijrah, saudara seagama kita di tanah Palestin masih lagi diserang hebat oleh rejim Zionist Israel.

“Serangan terbaru Israel ke atas Palestin telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 54 orang awam termasuk 14 orang kanak-kanak Palestine.

“Ratusan rakyat Palestin cedera akibat serangan bertali arus oleh tentera Israel yang dikenali sebagai IDF (Israel Defence Force),” kata Wan Rosdy.

Baru-baru ini dimaklumkan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan telahpun berhubung dengan kesemua ketua-ketua negara Islam, termasuk Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, yang mana antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, ujarnya.

Jelas beliau lagi, kerajaan Malaysia juga secara rasminya telah mengecam tindakan Israel, khususnya serangan terhadap orang awam yang sedang beribadah di dalam Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei 2021.

“Isu penjajahan Israel terhadap Palestin ini bukanlah isu agama semata-mata. Ia adalah isu kemanusiaan yang memperlihatkan rakyat Palestine ditindas dengan hebat oleh rejim Zionist Israel,” tegas Wan Rosdy.

Sehubungan dengan itu, sempena bulan Syawal ini, Wan Rosdy mengajak umat Islam bersama-sama panjatkan doa dan memohon kepada Allah S.W.T agar seluruh rakyat Palestin diberi kekuatan bagi menghadapi kekejaman ini.

Katanya “kita mungkin tidak boleh membantu dari segi ketenteraan, tetapi dengan sokongan berterusan kepada Palestine, kita akan dapat memberi tekanan kepada negara-negara kuasa besar dunia untuk bertindak ke atas Israel yang terang-terangan sedang bertindak kejam kepada saudara kita di sana”.

Semoga Allah S.W.T memberikan kemenangan terhadap rakyat Palestin dan melindungi mereka dari kekejaman rejim Zionist Israel, ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat