Pejabat Mat Sabu sangkal seru penjawat tanam ganja di rumah

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan sekeras-kerasnya imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.

Menurut pejabat kementerian itu, kenyataan tersebut adalah fitnah dan manipulasi digital yang tidak benar serta boleh mengelirukan orang awam kerana Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Sehubungan itu, laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan tindakan lanjut terhadap pihak yang terlibat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan kandungan palsu serta sentiasa merujuk saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih,”

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat